كافا الزّهران

Assalamualaikum w.b.t,

Alumni Zahrawan Club (AZC) telah mewujudkan blog Kafa Azzahrawan ini, bagi memberi informasi terkini / perkembangan isu semasa kepada semua ibu bapa dan pelajar.



KARNIVAL KAFA AZZAHRAWAN 2011
Please do Visit our temporary website : www.kafaazzahrawan.com
for download borang penyertaan pertandingan dan gerai2. TQ

December 27, 2009

19hb - 25hb Disember 2009 - KEM TAHFIZ



Kafa Azzahrawan telah menganjurkan, kem tahfiz selama 7 hari 6 malam
bertempat di Kafa Azzahrawan TTDI.
Kem Tahfiz ini adalah kali kedua diadakan di Kafa Azzahrawan.
Kali ini, Kafa telah memberi tugasan untuk hafaz surah al-Mulk.

Seramai 15 pelajar telah mendaftarkan diri untuk menjadi peserta didalam kem tersebut.
Rata-rata umur adalah dari umur 6 tahun hingga 12 tahun.
Target kafa tidak ramai, ini kerana, bagi mendapatkan fokus yang mendalam terhadap anak-anak ini juga bersesuaian dengan harapan ibu dan ayah di dalam Kem Tahfiz ini
untuk melihat anak-anak mereka mendapat perhatian.

Alhamdulillah...
Ada juga anak-anak ini yang telah berjaya menghafaz penuh surah ini.

Ibu bapa juga turut hadir di hari terakhir
bagi meraikan majlis mereka berjaya menghafaz
Surah AL-Mulk

December 12, 2009

Jualan Naskah Cinta





1 set Naskah Cinta ini mengandungi :

1. Kitab Ma'thurat
2. Yassin & tahlil
3. Al Asma' Al Husna
4. Surah2 Pilihan

Sesuai untuk:
1. Hadiah kepada tetamu perkahwinan.
2. Untuk Saguhati di majlis-majlis yang bersesuaian.
3. Sebagai penghargaan kepada sesiapa sahaja.
Yang Penting... Bekalan bagi amalan diri sendiri...

Berminat boleh hubungi di talian :
0179802553 / 0132939491

December 10, 2009

Foto Trip - Kafa Azzahrawan ke Kuala Gandah

Di Kuala Gandah Elephant Sanctuary
__________________________________________


Berkumpul Di Kafa & Taklimat dari Ustaz Hanif
__________________________________

Dalam Perjalanan Menaiki Bas

________________________________________


Berseronok bersama gajah...


Bagi makan ye.. jangan tak bagi...
__________________________________________



Sesi bergambar bersama gajah
________________________________________


________________________________________

Di Pintu Masuk Pejabat Gandah

Dibilik Tayangan

Di Kandang Gajah

________________________________________


Di Taman Rusa / Deerland


Di Hadapan Pejabat Deerland


Makan Dulu sebelum meneruskan lawatan.. Nasik Lemak sambal Sotong!
__________________________________________


Kemudian.... Bergambar Dengan Haiwan Ini... :D
__________________________________________

Di Kandang Rusa



bagi makan dekat rusa plak... :D
__________________________________________

Di Kandang Beruang Pula..



Siap Beruang tuh makan madu atas tangan mereka pula..:D


Sekian Sahaja Perjalanan Foto Kami.
Terima Kasih Ibu Ayah yang membenarkan kami mengikuti program Kafa Di Tahun ini.


Assalamualaikum !



November 25, 2009

Musim Cuti Sekolah-Kelas Intensif Azzahrawan

Musim cuti sekolah ini, Kafa Azzahrawan akan meneruskan pelajaran di sekolah ini. Dan pelajar-pelajar akan lebih dekat pelajari tentang :

  • Ilmu bahasa arab,
  • Jawi,
  • Bacaan Al-quran dan
  • Practical Ibadah Amali (Solat Jenazah, solat Dhuha dan lain-lain)
Pada 25 Hb Nov 2009
Jam 9.30am

Baru-baru ini..
Kafa Azzahrawan telah membawa anak-anak pelajar kafa ke Rumah Allahyarham ayahnya Amir Farhan (Pelajar Kafa Azzahrawan) di Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail. Ini juga bagi mendidik anak2 kafa yang pergi untuk lebih memahami apa yang dipelajari di kafa sebelum ini.

Mari kita sedekah bacaan ayat suci al-quran... Al Fatihah...

Objektif :
  1. Melibatkan mereka dalam program kemasyarakatan.
  2. Mewujudkan rasa insaf dan bersyukur ape yang mereka masih ada.
  3. Melatihkan diri , dengan amal2 sunat ibadah.

November 24, 2009

Aktiviti Hari Raya Haji Bersama KAFA AZZAHRAWAN


Syukur Alhamdulillah..

Panjang umur kita lagi insyallah dapat bertemu dengan HARI RAYA HAJI / QURBAN pada 10 Zulhijjah ini. Pada hari yang mulia ini.. Pihak Azzahrawan, seperti biasa akan mengadakan rombongan takbir raya Rumah Ke Rumah...

Rombongan ini akan diadakan seperti berikut :

TARIKH : 26 Nov 2009 - 28 Nov 2009 - 29 Nov 2009

Time Table buat mase kini :

26 Nov 2009 (Khamis)

Rumah pertama :
Amira Fazlin (109 Jalan Rahim Kajai)
Rumah kedua :
Alia Hanani (Balai Polis TTDI)
Rumah Ketiga :
Dato' Anwaruddin (Persiaran Zaaba)
Rumah Ke-empat :
Alia Ireena (Mutiara Tropicana)
Rumah Ke-Lima :
Ustaz & Ustazah (18 Lorong Buhanuddin Helmi 1)

28 Nov 2009 (Sabtu)

Rumah Pertama : Khairul Aiman (Bandar Utama)
Rumah kedua :
Kamal Fitri (Sg.buloh,paya jaras)
Rumah ketiga :
En Akim (Sg.buloh,paya jaras)
Rumah Keempat
:Kak Ana (Sg.buloh,paya jaras)

29 Nov 2009 (Ahad)


p/s: Ramai yang masih di kampung time ni...

LAMAN GAMBAR SEPANJANG PERJALANAN KAMI
26 Nov 2009 (Khamis)
Jam 6.00pm
Berkumpul Rumah Ustaz & Ustazah


Jam 6.30pm
Rumah pertama : Amira Fazlin (109 Jalan Rahim Kajai)

Jamu Makan dulu, mula takbir selepas maghrib..

Takbir Beramai- ramai selepas solat maghrib...

Jam 7.30pm
Rumah kedua : Alia Hanani (Balai Polis TTDI)

Takbir Di rumah Balai Polis...

Makan2.. Dijamu dengan lemang yang dibakar sendiri...

Jam 8.10pm
Rumah Ketiga : Dato' Anwaruddin (Persiaran Zaaba)

Bertakbir di rumah Dato' Anwaruddin.. (Selepas solat isya')

Makan! Satay.. Mihun Goreng.. Air Ribena Soda... ;P

Rezeki budak2 ikut takbir.. dapat duit raya n beg hadiah..

Jam 9.30pm
Rumah Ke-empat : Alia Ireena (Mutiara Tropicana)

Masih Bertenaga anak-anak kafa bertakbir...

Hidangan Makanan yang luar biasa...

Jam 10.20pm
Rumah Ke-Lima : Ustaz & Ustazah (18 Lorong Buhanuddin Helmi 1)

Bertakbir di rumah terakhir... Ustaz dan Ustazah..

Jamuan Ice Cream bg rumah terakhir...


28 Nov 2009 (Sabtu)

Solat Asar.. (Hujan lebat)
Rumah Pertama : Khairul Aiman (Bandar Utama)


Bertakbir Selepas Asar...


Menghayati Hidangan... eh, Buffet(masakan sendiri)... :)

Solat Maghrib..
Rumah kedua : Kamal Fitri (Sg.buloh,paya jaras)


Bertakbir selepas solat maghrib...

Sajian Hidangan...


Rumah ketiga : En Akim (Sg.buloh,paya jaras)


Jemputan Mengejut dari jiran dan tersedia sudah makanan... Alhamdulillah..

Menjamah Hidangan...

Rumah Keempat :Kak Ana (Sg.buloh,paya jaras)


TERIMA KASIH, kami ucapkan kepada tuan puan, yang menjemput takbir rumah ke rumah ini samaada secara terancang ataupun mengejut, kami hanya dapat mendoakan semoga dicucuri rahmat dan keberkatan kepada tuan-tuan dan puan-puan, dan juga tidak lupa kepada ibu/bapa yang memberi kebenaran kepada kami untuk membawa anak-anak pergi bertakbir bersama kami dan menceriakan lagi suasana raya haji pada tahun ini.

Salam Aidiladha !

Berkongsi Cerita..