كافا الزّهران

Assalamualaikum w.b.t,

Alumni Zahrawan Club (AZC) telah mewujudkan blog Kafa Azzahrawan ini, bagi memberi informasi terkini / perkembangan isu semasa kepada semua ibu bapa dan pelajar.



KARNIVAL KAFA AZZAHRAWAN 2011
Please do Visit our temporary website : www.kafaazzahrawan.com
for download borang penyertaan pertandingan dan gerai2. TQ

December 19, 2010

Selesai sudah kem tahfiz.

1. PROGRAM KEM PRA TAHFIZ Versi 2

Diantara aktiviti disediakan sepanjang program:

  • Solat Berjemaah
  • Beriadah
  • Makan Berjemaah
  • Terjemahan dan penghayatan Surah.










majlis penutup dengan bacaan dari pelajar kem tahfiz zahrawan
dan penyampaian hadiah.

ibu bapa turut hadir bagi majlis penutupan bagi meraikan anak2 mereka.



video..


December 06, 2010

MAJLIS AWAL MUHARRAM




6hb Disember 2010


Majlis sambutan awal muharram telah diadakan di Kafa Azzahrawan Bermula sebelum maghrib dan jamuan diadakan secara portluck dengan kerjasama ibu bapa dan pelajar kafa azzahrawan.

Memanfaatkan Awal Muharram
Kehadiran bulan Muharram tahun ini sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. Sebab itu terdapat golongan yang ghairah beramal dalam bulan ini. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam beribadat dalam bulan ini. iaitu ;

  1. Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan
  2. Berpuasa Sunat
  3. Puasa Khas 1 Muharram dan Sembilan awal Muharram
  4. Memasak Bubur ‘Asyura
  5. Doa Awal Tahun
Kesimpulannya, kita hendaklah berhati-hati dalam mengamalkan sesuatu amalan agar amalan kita sentiasa menepati sunnah Rasulullah saw. Beramal dengan hadis palsu dan hadis yang tidak sahih mengakibatkan amalan kita tidak diterima oleh Allah SWT. Alangkah beruntungnya seseorang yang kembali ke akhirat dalam keadaan amalannya yang diterima oleh Allah SWT dan alangkah malangnya seseorang yang mengadap Allah SWT, tiba-tiba mendapati amalannya ditolak. Fikir-fikirkanlah….

-KAFA AZZAHRAWAN-

December 01, 2010

BERITA Kafa Azzahrawan - DISEMBER 2010

PEMBERITAHUAN - AKTIVITI & PENDAFTARAN BARU SESI 2011

Kelas kafa akan dijalankan seperti biasa pada bulan disember, daripada 1.12.2010(rabu) hingga 10.12.2010 (jumaat). Kelas ini diadakan bagi mengisi masa lapang anak-anak dirumah dengan aktiviti penekanan terhadap membaca al-quran, bahasa arab, jawi dan kelas lain. Aktiviti ini adalah bertujuan bagi anak-anak diterapkan aktiviti yang sihat di sepanjang musim cuti persekolahan ini.

PENDAFTARAN juga akan dibuka bagi pengambilan sesi 2011. Sila hubungi pihak kafa azzahrawan bagi urusan dan sebarang pertanyaan lanjut. Terima Kasih.


KEM TAHFIZ Siri 3
Sementara itu, pada 13 . 12 . 2010 (ISNIN) hingga 19 . 12 . 2010 (AHAD) Pihak Kafa Azzahrawan akan mengadakan KEM TAHFIZ Siri 3 seperti tahun yang lepas, yang akan berlangsung selama satu minggu iaitu bersamaan 7 hari 6 malam yang akan dibimbing oleh Ustaz Hanif B Hamidun. Tempat tinggal disediakan serta makan dan minum 4 kali sehari juga disediakan.

Pendaftaran masih dibuka dan terbuka kepada seluruh anak-anak lelaki dan perempuan di Malaysia, tamat pendaftaran sebelum 8hb disember 2010. Bersamalah kita membimbing generasi kita ke arah yang diredhai dan diberi hidayah pada hari dewasa kelak.

Salam,

Berkongsi Cerita..