كافا الزّهران

Assalamualaikum w.b.t,

Alumni Zahrawan Club (AZC) telah mewujudkan blog Kafa Azzahrawan ini, bagi memberi informasi terkini / perkembangan isu semasa kepada semua ibu bapa dan pelajar.



KARNIVAL KAFA AZZAHRAWAN 2011
Please do Visit our temporary website : www.kafaazzahrawan.com
for download borang penyertaan pertandingan dan gerai2. TQ

December 01, 2010

BERITA Kafa Azzahrawan - DISEMBER 2010

PEMBERITAHUAN - AKTIVITI & PENDAFTARAN BARU SESI 2011

Kelas kafa akan dijalankan seperti biasa pada bulan disember, daripada 1.12.2010(rabu) hingga 10.12.2010 (jumaat). Kelas ini diadakan bagi mengisi masa lapang anak-anak dirumah dengan aktiviti penekanan terhadap membaca al-quran, bahasa arab, jawi dan kelas lain. Aktiviti ini adalah bertujuan bagi anak-anak diterapkan aktiviti yang sihat di sepanjang musim cuti persekolahan ini.

PENDAFTARAN juga akan dibuka bagi pengambilan sesi 2011. Sila hubungi pihak kafa azzahrawan bagi urusan dan sebarang pertanyaan lanjut. Terima Kasih.


KEM TAHFIZ Siri 3
Sementara itu, pada 13 . 12 . 2010 (ISNIN) hingga 19 . 12 . 2010 (AHAD) Pihak Kafa Azzahrawan akan mengadakan KEM TAHFIZ Siri 3 seperti tahun yang lepas, yang akan berlangsung selama satu minggu iaitu bersamaan 7 hari 6 malam yang akan dibimbing oleh Ustaz Hanif B Hamidun. Tempat tinggal disediakan serta makan dan minum 4 kali sehari juga disediakan.

Pendaftaran masih dibuka dan terbuka kepada seluruh anak-anak lelaki dan perempuan di Malaysia, tamat pendaftaran sebelum 8hb disember 2010. Bersamalah kita membimbing generasi kita ke arah yang diredhai dan diberi hidayah pada hari dewasa kelak.

Salam,

0 comments:

Berkongsi Cerita..